Blogger Backgrounds
style="background: url(http://thecutestblogontheblock.com/wp-content/uploads/2011/10/preciouspetalscopy.jpg) center top fixed no-repeat !important;">

ika yusoff

slide

Sunday 11 March 2012

sakitnya sebuah perpisahan itu.

entah kenapa,aku dah dapat rasakan perpisahan yang bakal aku tempuhi.sungguh aku tak cukup kuat atau memang aku tak kuat.perpisahan itu amat sakit dan pedih aku rasakan.biarpun masih berbaki beberapa hari,aku sudah mula mengalirkan airmata bila membaca status sahabat-sahabat aku di fb mahupun twitter.susah untuk aku melepaskan semua pergi dengan senyuman.dan agaknya memang mustahil untuk aku tersenyum lagi.mereka telah menceriakan hari aku.mengenali mereka sangat indah aku rasakan.pelbagai aktiviti kami lakukan bersama,sukan,berkelah,outing,tidak kira pergi bermain bowling hinggalah ke permainan traditional kami lakukan bersama.selepas ini?aku sudah tidak akan berjumpa insan seperti kalian lagi.sebak aku rasakan.selepas ini aku tidak ada lagi teman untuk keluar bersama-sama,tiada lagi teman untuk puasa bersama-sama.setiap malam kami akan makan bersama-sama.kini semuanya akan sepi.tiada lagi gelak ketawa.yang tinggal hanyalah sebuah kenangan yang dapat aku ingat sentiasa.3 tahun walaupun tempoh itu nampak bagaikan lama tapi masa berlalu terlalu pantas.esok adalah harinya.hari dimana aku akan habeskan exam aku selepas enam semester aku berada disini.dan esok juga lah hari terakhir aku akan berjumpa dengan tenaga-tenaga pengajar aku,blok2 kuliah yang selama ini memberikan keselesaan untuk aku menuntut ilmu.maaf kawan-kawan.hati aku sudah tidak kuat bila memikirkan semua itu.walaupun perpisahan dan pertemuan itu adat dunia,tapi aku tidak mampu menipu hati aku. aku sudah mula menangis,menangisi akan sebuah perpisahan.memori yang tercipta antara kita terlalu banyak untuk disingkap satu persatu.cukuplah aku cakap bahawa aku sangat gembira mengenali semua rakan-rakan pentadbiran islam yang selama 6sem mengenali aku.selepas ini tiada lagi pertemuan,tiada lagi aktiviti yang dapat kita lakukan bersama,kerana semua sudah membawa haluan masing-masing.biarlah mereka semua mengatakan aku lemah sebab aku memang tidak kuat untuk menempuhi perpisahan itu..sahabat2ku,aku memohon maaf sekiranya selama 6 sem kita bersama,aku pernah menyakiti hati kamoo semua,pernah membuat kamu semua terluka dengan perbuatan mahupun percakapan aku..aku sayangkan kamoo semua sepenuh hati dan kerana ALLAH..

Friday 2 March 2012

kemalasan semakin terokk melanda

JUM SEMUA KITA BERSUKAN..^^
hanya tinggal dua hari je lagi nak exam.first paper adalah law,takot sangat tapi entah kenapa malas gila nak baca.ari demi ari makin malas bukan makin rajin.dalam kepala ni macam dah kena mind set dah nak habis belajar.memang sedih nak berpisah dengan kawan-kawan tapi untuk stay kat sini memang dah tak sanggup lagi.cukuplah selama tiga tahun aku behijrah ke negeri orang.aku ingin duduk di kelate pula.dah lama tinggalkan tempat tu.rindu sungguh kat negeri aku especially my room..entah macam mana nasib aku lepas habis belajar ni.ingat nak kerja tapi aku tahu tak semudah tu..memandangkan aku hanya beberapa minggu je kat bumi terengganu ni.aku ingin pergi semua tempat yang tak pernah aku pergi dan aku ingin rakam kan saat2 terakhir bersama kawan2 semua..

sayang kamoo kerana ALLAH

fuh sudah agak lama blog ini tak diupdate.memang bersawang.disebabkan kebizian dengan final,nak kejar tarikh tesis lagi before this,apa-apa pun alhamdulillah tesis telah selamat di hantar,moga mendapat keputusan yang tidak mengecewakan.amin..kini aku dalam minggu belajar atau lebih dikenali sebagai 'stduy week'..nama je study week tapi entah apa yang aku study aku pun tak tahu,study fb,novel,twitter and etc.memang terok lah aku ni,huhu.dah sem akhir pun still macam ini jugak,minggu sudah kami aka pti baru sahaja selesai membuat satu lawatan jelajah siswa ke DBKL n KWSP..sungguh aku memang seronok mengikuti program tu.semuanya memberikan komitmen yang sangat hebat.pelajar lelaki kelas kami sangat-sangat mengambil berat.dan pelajar-pelajar perempuan pula sangat berdedikasi.Pagi tu kami pergi DBKL,memang mendapat sambutan dari pihak mereka,sambutan yang sangat memberansangkan kami.sungguh terkejut bila orang atasan mereka memberikan komitmen dan sanggup turun padang untuk meluangkan masa bersama kami..kami sangat hargai jasa baik En Sophian dan En Khairul dan yang lain2.Lepas lunch kami semua bergerak ke KWSP pula,dekat KWSP sambutan nya sama dengan DBKL.Puan yang bagi speech pada kami semua umpama lecturer.sangat mengambil berat tentang macam mana keadaan kami..pada waktu malam pula kami semua pergi The Mines,esoknya pergi ke UIA..Kami beruntung mendapat driver2 yang tersangat sporting iaitu Pok Lan n Pok Yo,sungguh gelagat mereka sangat mencuit hati,kami bertuah mendapat driver yang sangat peramah macam tu.layan kitorg sperti anak sendiri..tapi yang sedihnye bila otw balik tu ramai yang dah tak ada,masing-masing turun ke destinasi.sungguh waktu itu aku rasa ingin sangat menangis.sedih akan perpisahan yang berlaku.walau aku cube kuatkan hati tapi ia tetap terkesan di hati kecilku ini.kawan-kawan yang tinggal dalam bas tu pun seakan merasai perkara yang sama.pergi dan pulang sangat berbeza.hati ini tak mampu menahan sebak melihat kawan-kawan yang pergi seorang demi seorang.tapi harus akur dengan lumrah kehidupan..sekarang semua warga pti bacth 09/10 sedang struggle untuk final exam yang bakal kami duduki pada 5/3/12 until 12/3/12.doakan kami semua berjaya ye..

p/s::tak sabar nak pergi sarawak lepas exam..^_^

jejaka pti

suka tengok pic ni^^

inilah dia pok lan n pok  yo..driver kami

perintisian unisza..luv u all

time prg ramai n meriah je:-D

bila balik da kosong smua seat.sunyi sepi:-(

mr froggy ku digntung oleh pokyo..huhu