Blogger Backgrounds
style="background: url(http://thecutestblogontheblock.com/wp-content/uploads/2011/10/preciouspetalscopy.jpg) center top fixed no-repeat !important;">

ika yusoff

slide

Sunday 17 June 2012

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

assalamualaikum semua.dah lama rasanya aku tak update blog ni.entah lah,sejak stay umah ni memang mood nak update blog agak kurang.cuma malam ni je tiba-tiba terlintas di hati nak update..sudah tiga bulan aku habis belajar,budak diploma pun dah masuk belajar semula.kejap je kan masa berlalu.dah tiga bulan juga aku tak jumpa semua kawan-kawan aku masa belajar di unisza.semua nya ade komitmen masing-masing..kali ni aku nak cakap pasal persahabatan...dalam masa tiga bulan ni banyak yang aku belajar tentang persahabatan,kesetiaan dalam bersahabat.dan macam-macam lagi..aku rindu sangat-sangat kawan aku.kadang-kadang aku rasa macam kami semua hanya bercuti lama je.bukan dah habis.susah nak percaya kan..dalam pada itu juga aku dah kehilangan semua kawan.walaupun sering contct thru fb tapi semua tu tak sama macam kita berjumpa face to face kan..sangat sukar di ungkap dengan kata-kata tapi kerinduan tu buat aku selalu teringat kenangan bersama mereka semua.dulu semasa ada di asrama.kami hanya bergantung harap sesama sendiri.semuanye mengambil berat antara satu sama lain,makan sama-sama,outing,belajar sama-sama..walaupun kadang-kadang timbul rasa tidak puas hati tapi itu semua lumrah kan.manusia bila dekat macam tu la,tapi itu tak bermakna tidak ada rasa sayang..persahabatan kami semua bermula sejak aku mula menjejakkan kaki di unisza tahun 2009..masa tu aku memang rasa xselesa..kami semua di tempatkan di blok g.tahun pertama macam biasa tak ada lah rapat sangat.bila tahun kedua kami berpindah ke maryam.di situ lah kemesraan kami makin erat..tiap-tiap malam kami akan borak atau pergi ke bilik kawan-kawan yang lain.bila tiba tahun ketiga persahabatan kami ibarat sebuah keluarga..entah kenapa hari demi hari aku merasakan perpisahan antara kami semua..pada tahun akhir itulah pelbagai aktiviti kami lakukan bersama..aktiviti kami,pergi dan balik kelas sama-sama.makan ramai-ramai di kafe,kadang-kadang mereka makan di ruang tamu rumah aku,di situ kami bercerita,berkongsi masalah,pelbagai luahan yang kami lakukan sambil makan..bila hari selasa atau khamis kami semua pergi ke pasar malam belakang unisza,berjalan ramai-ramai,bila dah bosan makan di kafe,kami akan berjalan keluar ke kedai-kedai makan berdekatan,memang kalau nak dikira memang agak jauh plus kami berjalan kaki tapi bila keluar ramai-ramai macam tu tak rasa jauh sangat.pernah satu petang kami terlampau bosan,kami main tali,bola kaki tiga di bawah blok m,memang macam budak-budak sampai semua yang lalu depan tu pandang..bila tengah malam pula kami stay up untuk menyiapkan tesis dan asaiment...dah malam perut pun mula lah lapar,bekalan yang ada hanya megi,masak megi dan makan ramai-ramai dengan air tea panas..biar pun tak sedap sangat tapi itu lah bila dah makan ramai-ramai memang ternyata lain sangat rasanya...weekend kami jarang duduk di asrama je,selalunya akan pergi main boling di astaka,pergi giant,mydin mall,.,cherating,mesra mall dan sekayu mencipta seribu kenangan untuk kami semua...sungguh semua itu takkan dapat aku lupakn..aku tahu aku bukan kawan atau sahabat yang baik untuk kamu semua,tapi aku sayangkan persahabatan kita,yang takkan ada galang gantinya..aku tahu aku pernah melukakan hati menggores hati dengan kata-kata dan perbuatan aku.tapi tanpa kamu semua aku kesunyian.aku dah hilang sahabat untuk berborak,untuk bercerita,outing,..seolah-olah aku dah hilang semua..aku tak tahu kenapa terlalu merindui semua itu..bersama kamu semua aku seolah-olah dalam dunia baru...sekalipun aku berjumpa kawan baru aku takkan pernah lupa kamu semua..walaupun aku tahu takde sesiapa yang ingat pada aku tapi insyallah selagi aku masih bernyawa aku akan ingat sahabat-sahabat yang membuatkan aku menangis dan ketawa semasa kita sama-sama berjuang mencari ilmu dulu...aku akan selalu mendoakan kamu semua walaupun kita jauh..terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku sepanjang 3 tahun aku berada di sana..terlalu sayangkan kamu semua kerana ALLAH dan aku juga merindui kamu semua kerana ALLAH...:(