Blogger Backgrounds
style="background: url(http://thecutestblogontheblock.com/wp-content/uploads/2011/10/preciouspetalscopy.jpg) center top fixed no-repeat !important;">

ika yusoff

slide

Saturday 15 September 2012

Adakah Dia milikKU?


Assalamualaikum WBT..Alhamdulillah, kita masih dipinjamkan nikmat nyawa dan Islam olehNya..jadi, gunakanlah sebaik mungkin, ye?


JODOH..ehem-ehem..walaupun umur saya agak muda untuk membahaskan soal ini dan masih belum punya banyak pengalaman, tapi, insyaallah, saya sekadar berkongsi dan bercerita, serta memohon teguran dari rakan sahabat yang lebih tinggi ilmunya daripada saya berkenaan soal ini ;)


Satu malam, saya mesej dengan kawan(perempuan of course) , bunyinya lebih kurang begini..


Entah kenapa malam itu kami membahaskan isu jodoh ;)


Saya : Erm, jodoh saya belum sampai! biar lah dia datang sendiri..awak rasa mana yang baik? cari jodoh ke atau biar dia datang sendiri?


Kawan : kata orang baik biar ia datang sendiri..


Saya : tapi, kalau datang sendiri selalunya lambat..


Kawan : menurut pembacaan saya, yang dicari mudah pergi, yang datang sendiri, kekal..pilihlah! :)


Ahaha..dan perbicaraan kami selepas itu sangat melalut dan terlalu ke hadapan..maka tidak boleh diceritakan di sini..;)


So, jodoh! saya percaya pada jodoh..ya, sebab ada jodoh maka kita bertemu di sini..pembaca bertemu dengan hasil-hasil tulisan saya dan Wana disini yang masih banyak perlu diperbaiki..sebab jodoh, saya bertemu dengan rakan sahabat walaupun hanya di alam maya ;)


Jodoh ini sudah tersirat sejak azali..sudah tertulis di Luh mahfuz..LuH MAHFUZ??


Luh Mahfuz ialah sebuah kitab yang Allah tulis di dalamnya qadha qadar semua makhluk sebelum Allah jadikan mereka.
Ini dapat dibuktikan daripada firman Allah dalam surah Al Haj ayat 70 :أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاء وَالأَرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِيْ كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللهِ يَسِيْرٌ. (سورة الحج أية 70)


maksudnya : Terjemahan Ar Rahman : 70. Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
 Disebutkan dalam kitab-kitab tafsir satu kata-kata daripada Ibnu Abbas (ابن عباس) : Luh Mahfuz itu diperbuat daripada yaqut merah, atasnya terikat pada arasy manakala bawahnya di pangkuan malaikat-malaikat, tulisannya cahaya, dan penanya cahaya, Allah melihat kepada Luh Mahfuz setiap hari sebanyak 360 kali, setiap kali Allah melihat kepada Luh Mahfuz Allah akan berbuat apa yang dia kehendaki, Allah akan mengangkat darjat orang yang hina, Allah akan merendahkan orang yang tinggi darjat, iaitu Allah mengkayakan yang miskin dan memiskinkan yang kaya, Allah menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup, Allah berbuat apa yang Allah kehendaki, tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Dia.

    Daripada Ibnu Abbas lagi : Allah menciptakan Luh Mahfuz dalam tempoh seribu tahun, maka Allah berkata kepada pena sebelum Allah ciptakan makhluk-makhluk Allah : tulislah ilmu Ku pada makhluk-makhluk Ku, maka berlakulah apa yang hendak berlaku hingga ke hari kiamat.
    Adapun melihat Luh Mahfuz, maka tidak ada satu pun dalil yang boleh diyakini bahawa Allah pernah memberikan keizinan kepada mana-mana manusia yang Allah kehendaki. Kalau perkara itu mungkin, maka sudah tentu Allah akan memberikan keizinan kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam melihat Luh Mahfuz, yang mana Nabi Muhammad telah sampai kepada penghujung ciptaan Allah sedangkan malaikat Jibril sendiri pun tidak pernah sampai ke situ. Kisah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar.

    Adapun melihat beberapa perkara ghaib yang terkandung di dalam Luh MAhfuz, maka harus dicapai oleh sesiapa yang Allah kehendaki, maka sesungguhnya para nabi melihat sebahagian daripada kandungan Luh Mahfuz melalui jalan wahyu.

    Ianya juga berlaku kepada beberapa orang soleh dengan jalan kasyaf dan ilham daripada Allah Taala.

subhanallah! semuanya Allah dah catat dalam lauh Mahfuz ni :) ajal, maut. jodoh, pertemuan, semuanya!! jadi, nak ke tak..kita kena percaya yang itu semua sudah Allah takdirkan pada kita..kita tak berhak nak ubah atau persoalkan..Terima semuanya dengan redha..

"Ya Akhi, bukan aku menolak dirimu kerana kekuranganmu..tapi, kerana kekuranganku..aku masih belum cukup sempurna untuk menjadi isteri solehah untukmu..marilah, kita sama-sama mencari ilmu berumahtangga dahulu, sebelum kita membina keluarga yang diredhai Allah, insyaallah..aku tidak menolak andai jodohku bersamamu..aku pasti engkau layak menjadi imam ku..aku pasti engkau pantas mendapatkan mahkotaku..kerana cintamu padaNya melebihi cintamu padaku..akan ku jaga amanah ku..akan ku jaga maruah serta kehormatanmu..akan ku izinkan diriku sepenuhnya untukmu..asalkan cinta kita selaras dengan cinta padaNya..dan seandainya engkau tahu, aku mungkin tidak layak mendampingimu..atau Allah telah kurniakan lelaki yang lebih baik untukku..Allah maha mengetahui segalanya..namun, dalam doa ku, ku titipkan agar ada jodoh di antara kita..dan agar kau bahagia dan sentiasa mendapat perlindungan dariNya, ya Akhi..teruskanlah perjuanganmu..semaikan lah rasa cinta mu pada Nya dan nabi Nya, insyaallah, wanita solehah menjadi milikmu..kerana lelaki yang baik untuk wanita yang baik..wasalam~"