Blogger Backgrounds
style="background: url(http://thecutestblogontheblock.com/wp-content/uploads/2011/10/preciouspetalscopy.jpg) center top fixed no-repeat !important;">

ika yusoff

slide

Sunday 1 April 2012

berpisah jua..bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerna ALLAH

21/03/2012.ITU lah tarikh perpisahan kami semua,.sungguh sedih aku rasakan.Di UNISZA kami bertemu,di LCCT kami berpisah.malam itu semuanya pulang dan membawa haluan masing-masing.kenangan pergi sarawak takkan akan aku lupakan.selama hampir setahun kami merancang untuk membuat program ini.berbagai-bagai halangan yang kami terpaksa harungi.bayangkan semua kos pergi sana kami yang kena tanggung dengan duit kami sendiri,pihak u hanya menyediakan bas pergi ke kl sahaja dan balik ke terengganu.penginapan,pengangkutan dan makan minum sepanjang berada di bumi Kenyalang itu kami harus guna duit poket sendiri.kami masih student.banyak duit kena pakai,tambahan pula kami di tahun akhir,banyak yang kena selesaikan seperti kertas kerja atau tesis.memang semua itu memeningkan kepala kami warga pti sem6.tapi kami tekad untuk mencari sponsor luar.walaupun tak banyak yang kami dapat tapi alhamdulillah dapat juga menampung sedikit sebanyak yang mana kurang.,pada awalnya kami merancang untuk membuat program bersama anak yatim dan sukan persahabatan bersama dengan aadk sarawak,tp kami hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.pada saat akhir dalam dua atau tiga hari sebelum kami pergi sana,pihak mereka telah membatalkan program itu di atas sebab yang tak dapat dielakkan.jadi untuk yang formal kami hanya pergi ke DUN sarawak,Mahkamah Syariah,kami bertolak dari UniSZA pada hari jumaat malam.pukul 10 lebih kami bertolak,kali ini perjalanan tidak sama seperti pergi ke kl beberapa minggu yang sudah,ini kerana pemandu bas sangat2 tidak mesra seperti Pok Lan dan Pok Yo.sepanjang perjalanan ke sana kami semua senyap sahaja.semua tidur,sampai pun agak awal.kami bersiap2 di masjid putrajaya dan seterusnya bertolak ke kediaman PM.waktu tengah hari pula kami makan di rumah mr presiden iaitu Cepet.bersusah payah emak dia menyediakan makan tengah hari untuk kami semua.terima kasih sebab menyediakan makanan yang sangat enak:-)...selepas makan tengahhari dan solat zohor kami pergi ke lcct memandangkan flight kami pukul 4.35 untuk penerbangan yang pertama.semasa pergi ke kuching ada 3 group.alhamdulillah aku group yang pertama dan sebelah ain pula tu.malam pertama kami pergi ke kubahria untuk makan malam,.tiada apa yang menarik disana.barang pun tak banyak dijual.kami menginap di Home Stay Nadin.ada 6 bilik semuanya setiap bilik 3 orang.memang mewah homestay tu.semua kelengkapan disitu amat2 selesa.berbaloi dengan bayarannya.hari pertama kami dibumi kenyalang itu,uncle aka driver bus kami sepanjang berada di sarawak membawa kami ke perkampungan budaya.bayaran masuk untuk pelajar hanya rm15.memang besar perkampungan budaya yang menempatkan masyarakat melayu,melanau,iban dan lain2 lagi.di sana pelbagai pengalaman yang kami dapat dari pelbagai budaya.palingbest ketika menari kebudayaan dirumah melanau dan semasa di istana budaya,.kami semua dijemput naik ke atas pentas untuk menari tarian zapin bersama penari2 mereka,bermacam-macam gelagat yang dapat dilihat.baru lah aku tahu yang aku sangat keras untuk menari tarian traditional.,tapi itulah pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan.sangat2 sweet.then tengah hari tu plak kami pergi ke waterfront.kat situ lah kami membeli belah.memang sakan semua bershopping.aktiviti kami berakhir pukul 6 petang.malam tu semua dah bersepakat untuk memasak dan makan malam bersama.esoknya pula kami ke dewan undangan negeri sarawak,kalau hari pertama tema kami warna merah hari kedua pula warna pink..sangat2 menyerlah kedua-dua warna itu.selepas ke dun kami pergi ke muzium dan seterusnya ialah lawatan sosial,saat2 yang kami tunggu,memandangkan semua perlu berkumpul pukul 6 petang aku,ain,mona dan suzi bersepakat untuk pergi tengok wayang di parkson.Kami menonton cerita 7 petala cinta.nampaknya cerita ini tidak mendapat sambutan.bertemakan romantik islamik jalan ceritanya agak menarik cuma part ending aku tak puas hati.hari ketiga kami semua pergi ke mahkamah syariah,,sambutan sangat ok,layanan yang sangat mesra dari pihak mereka sehingga ketua hakim negeri sarawak sanggup turun.dalam mahkamah tu sempat juga lah kami posing amik gambar tumpang bergaya kat tempat hakim,kandang pesalah,saksi dan etc.hari yang ketiga kami pulang agak awal sebab malamnya kami ada dinner dengan yb.memandangkan esoknya dah nak balik semua ambik kesempatan untuk kemas barang.sebelum balik sempat singgah mall the spring.better than mall yang kami semua pergi dekat waterfront.semua ada di mall ni.malam tu kami pergi dinner,makan steamboat,memandangkan tempat makan tu tak boleh pasang montaj so kami semua bersepakat nak buat makan supper sambil menonton montaj tu.hanya montaj dan kek yang tak seberapa tu saja aku dapat bagi pada kamoo semua.selebihnya aku tidak mampu,sebelum acara potong kek kami semua memberi ucapan terakhir.setiap seorang wajib memberi ucapan,.itulah saat paling menyentuh hati kami sepanjang berada di sana.persahabatan kami tiada galang gantinya,esoknya sebelum pergi ke Kuching International Airport kami singgah di kilang kek Dayang Salhah,rupanya hanya seberang waterfront yang kami selalu lepak tu saja.the last one kami semua pergi muzium kuching.bagi yang minat kuching oklah tapi tak bagi aku.huhu..memang aku kurang bab-bab tengok benda macam tu,kami sampai di airport agak awal.selepas check in semua tiba2 saja ada masalah,hand luggage seorang satu sahaja.itu sangat2 membengangkan kami,yela kena tambah duit saat2 akhir.padahal dalam flight tu tak penuh pun orang,.kami smpai di LCCT agak awal tapi harus tunggu group kedua sampai.pukul 10.30 malam,tibalah saat kami semua berpisah,semua orang yang ada di LCCT itu memandang kami pelik,ye la kami semua dup nangis kat situ,tengah2 orang ramai,nak buat macam mana,perasaan ini tak boleh di tahan-tahan,plus akan berpisah dengan rakan seperjuangan yang selama ini 3 tahun kami berkongsi suka duka.memang aku sedih sangat-sangat malam tu.berpisah dengan mereka semua dan yang balik ke terengganu hanyalah beberapa orang je.sepanjang perjalanan kami tidak banyak berbual.semua tidur je,sarapan pagi di kedai dekat marang pun hanya satu meja sahaja yang selalunya kami semua duduk antara 3 or 4 meja,tapi pagi itu semuanya berbeza.AIN,MONA,SUZI,JIHA,SYERA,INTAN,ANNE,PIQA,NISA',MASHI,PIPAH,EQA,CT,ZATI,EMAN,RAISAH,LINA,JANNAH,LIN,ANIS,CEPET,BULAT,AMEER,AZIM,ANIP,PADIL,POJI,ISMAT,,,, aku akan ingt kamoo semua.. KITA SAHABAT UNTUK SELAMANYA..aku sayang kamoo semua kerana ALLAH..tiada apa yang dapat putuskan persahabatan kita.aku harap walaupun kita semua dah jauh dan terpisah oleh jarak tapi kita semua akan tetap akan berhubung dengan apa jua cara sekalipun.3 tahun,semua memori suka duka kita aku takkan pernah lupakan.kamoo semua sahabat terbaikk aku,kita semua rapat seumpama satu family.aku harap kita semua dapat kekalkan ikatan itu...