salam semua.dah lama sangat tak update blog ni.bersawang dah.bukan busy cuma tak tahu apa yang patut di ceritakan lagi.sejak dah habis belajar.cerita aku tetap topik yang sama.bosan.entah bila semua ini akan berakhir.kadang aku rasa macam tak percaya aku dah habis belajar.aku dah tak dapat menuntut ilmu.dah tak ada orang nak mencurah ilmu pada aku.sungguh aku rindu suasana dalam kelas.walaupun aku bukanlah seorang pelajaryang selalu fokus yang selalu duduk didepan.tapi aku tetap rindu saat itu.andai diberi peluang aku ingin ulang saat tu kembali bersama sahabat yang lain.aku rindu.aku rindu saat kita belajar dalam kelas.usik mengusik dalam kelas.gaduh.bergurau.seolah adik beradik di dalam kelas islamic admin di unisza itu.di mana dpat aku cari sebuah persahabatan sebegitu.bagi aku tidak dapat cari di mana-mana.sekarang semua sudah membawa haluan masing-masing.ada yang sambung belajar.ada yang dah kerja.hakikatnya kita sudah tidak lagi di bawah satu bumbung.aku selalu berharap jodoh kita semua panjang.kita dapat berkumpul seperti dulu.seperti sebuah keluarga yang bahagia.mungkinkah akan ada peluang sebegitu.aku selalu berdoa agar kita diberikan umur yang panjang.agar dapat bersua.walaupun sudah berbeza haluan.dulu kita lah yang gila2 dalam kelas.selalu buat bising.selalu duduk di belakang.selalu datang kelas lambat.boleh makan dalam kelas.jambu dan satay ikan.semua tu masih terbayang dalam fikiran aku.dulu aku sedar aku tidak menjadi sahabt yang baik pada kamu semua.tapi aku rindu kenangan yang kita ukirkan bersama.tiga tahun kita menimba ilmu bersama.masa berlalu dengan pantas.hanya gambar yang jadi pengubat rindu.sahabat.aku rindu kenangan sewaktu kita di unisza.tak kira pahit ke manis.
Tuesday, 19 February 2013
Tuesday, 11 December 2012
IM NOT GOOD ENOUGH
hari demi hari berlalu.sunyi sepi ati ini.kosong.hari aku lalui sangat hambar.tanpa kamu semua.selama tiga tahun kita kenal.aku ingin meminta maaf andai terkasar bahasa.aku tahu aku tidak mampu menjadi teman yang terbaik untuk kamu semua.kadang diri ini emosi,marah dan kecewa.tapi aku bangga walaupun aku terlalu banyak kelemahan tapi kamu semua masih sudi menjadi sahabat aku.aku tertanya,bilakah kita akan berkumpul lagi?mungkin situasi takkan sama seperti dalam kelas,tapi biarlah sama seperti kita semua pergi ke sarawak.atau ke kl mungkin.itu adalah trip yang terbaik pernah aku ikuti.di kl kenangan terindah kita walaupun tak lama.dan di sarawak.di bumi kenyalang kita lalui susah dan senang sama-sama tanpa pengawasan dari orang lebih dewasa dari kita.hanya kita-kita sahaja.susah senang same kita harungi.mengambil berat antara satu sama lain.mana mungkin aku dapat lupakan semua itu sekelip mata.aku bukan lah orang yang senang melupakan apatah lagi sesuatu yang terindah dalam hidup aku.walaupun aku sedar yang terindah itu hanya sementara.tapi itulah kenangan manis kita semua.sungguh aku sunyi sangat.makan sorang-sorang.keluar sorang-sorang.dah tak ada mona dan ain yang selalu teman aku pergi mana.makan sama-sama.aku rindu korang sangat-sangat.sampai dah tak tahu camna lagi nak hilangkan kerinduan ni.selama tiga tahun aku biasa makan,keluar,bergurau,bergaduh,borak,ketawa,menangis dengan kamu semua.macam mana aku nak hilangkan tabiat tu dalam sekelip mata.aku tak mungkin dapat lakukan dalam masa terdekat malah mungkin mengambil masa yang panjang untuk biasakan semua tu tanpa kamu semua.aku rasa lost sangat.sesusah mana pun hidup zaman belajar di unisza dulu aku tak pernah rasa down camni.dulu ada orang akan dengar setiap keluh kesah aku.akan ade someone when im happy or sorrow.sekarang.aku dah tak ade sape nak luahkan semua tu.gembira atau sedih pendam sendiri je.perpisahan ini sungguh menyakitkan.namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan.kesunyian ini membunuh jiwaku.:(
Posted by ika at 21:20 0 comments
PERSAHABATAN ITU KETAWA DAN AIRMATA
ASSALAMUALAIKUM SEMUA^^
lama sangat blog ni tak di update.nak cakap bz rasanya takde keje sangat pun.lebih kepada tak ada mood sebenarnya.masa berlalu dengan pantas sangat kan,sampai tak sedar kita dah di penghujung tahun 2012.hanya sebulan je lagi sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya.dalam tak sedar.aku kini bukan lagi bergelar mahasiswi unisza.alhamdulillah aku dan kawan2 sudah bergraduat pada 2/12/12 dengan rasminya di stadium tertutup unisza..berakhir konvo maka berakhir lah pertemuan kami.erk sebenarnya tak tahu bila akan jumpa.sebelum konvo selalu cakap selepas konvo kita akan jumpa.kita akan kumpul semula.tapi kini konvo dah habis.entah bila akan berjumpa.hati ini terlalu rindu nak berkumpul seperti dulu.masih adakah kesempatan itu.hidup dan mati kita tak tahu bila.takut sangat tak sempat jumpa kalian semua andai hidup di dunia ini singkat.mengenali kawan-kawan diploma pentadbiran islam adalah satu anugerah tak ternilai dalam hidup aku.ada perasaan halus dalam diri ini.hubungan kita terlalu erat.malah lebih erat dari mereka yang ada pertalian darah.selama tiga tahun,kita bergurau,bergaduh,berselisih faham,berkongsi idea,di dalam kelas mahupun di luar kelas.sungguh aku katakan inilah sahabat-sahabatku yang sebenar,berbanding di zaman persekolahan.dengan kamu aku mengenal erti persahabatan.setiap inci dan ruang di bumi unisza/terengganu mempunyai memori yang takkan pernah aku lupa.setiap sudut kita ambil gambar sampaikan penuh memori,mana mungkin semudah itu aku lupakan kamu semua.pada kamu aku berkongsi masalah,cerita.bergosip.waktu konvo sangat singkat pertemuan kita.masa berjumpa hari konvo aku rasa seolah-olah kita seperti di zaman belajar dulu.manisnya pertemuan itu.tapi pahitnya perpisahan.maaf aku tak kuat hadapi perpisahan ini.biar lah orang nak cakap apa.sebab aku betol-betol mengerti apa itu erti persahabatan.aku dah hilang kawan nak bercerita.,nak bergelak ketawa.nak makan sama.nak keluar sama-sama.sungguh aku sunyi.sunyi tanpa kamu semua.sampai tak tahu macam mana nak describe rasa sunyi ini.aku sedar masa takkan dapat undur semula.hanya kenangan je mampu buatku tersenyum.saat kita dalam kelas.kejap je masa 3 tahun tu berlalu kan.masa zaman belajar selalu tension nak habis belajar cepat-cepat.bila dah habis rindunya hanya ALLAH je yang tahu.hanya gambar yang menjadi kenangan dan pengubat rinduku.terima kasih sahabat atas kenangan dan memori terindah kita.
![]() |
| SAYANG kamoo..xoxo |
![]() |
| moga persahabatan kita terus kekal |
![]() |
| aku rindu saat ini |
![]() |
| trm kasih mona dan ain sudi jd shbtku |
![]() |
| pic terakhir bersama kamo2 smua |
![]() |
| konvo time.one n only |
![]() |
| u r my #bff |
Posted by ika at 03:18 0 comments
Saturday, 15 September 2012
Adakah Dia milikKU?
JODOH..ehem-ehem..walaupun umur saya agak muda untuk membahaskan soal ini dan masih belum punya banyak pengalaman, tapi, insyaallah, saya sekadar berkongsi dan bercerita, serta memohon teguran dari rakan sahabat yang lebih tinggi ilmunya daripada saya berkenaan soal ini ;)
Satu malam, saya mesej dengan kawan(perempuan of course) , bunyinya lebih kurang begini..
Entah kenapa malam itu kami membahaskan isu jodoh ;)
Saya : Erm, jodoh saya belum sampai! biar lah dia datang sendiri..awak rasa mana yang baik? cari jodoh ke atau biar dia datang sendiri?
Kawan : kata orang baik biar ia datang sendiri..
Saya : tapi, kalau datang sendiri selalunya lambat..
Kawan : menurut pembacaan saya, yang dicari mudah pergi, yang datang sendiri, kekal..pilihlah! :)
Ahaha..dan perbicaraan kami selepas itu sangat melalut dan terlalu ke hadapan..maka tidak boleh diceritakan di sini..;)
So, jodoh! saya percaya pada jodoh..ya, sebab ada jodoh maka kita bertemu di sini..pembaca bertemu dengan hasil-hasil tulisan saya dan Wana disini yang masih banyak perlu diperbaiki..sebab jodoh, saya bertemu dengan rakan sahabat walaupun hanya di alam maya ;)
Jodoh ini sudah tersirat sejak azali..sudah tertulis di Luh mahfuz..LuH MAHFUZ??
Luh Mahfuz ialah sebuah kitab yang Allah tulis di dalamnya qadha qadar semua makhluk sebelum Allah jadikan mereka.
maksudnya : Terjemahan Ar Rahman : 70. Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
Disebutkan dalam kitab-kitab tafsir satu kata-kata daripada Ibnu Abbas (ابن عباس) : Luh Mahfuz itu diperbuat daripada yaqut merah, atasnya terikat pada arasy manakala bawahnya di pangkuan malaikat-malaikat, tulisannya cahaya, dan penanya cahaya, Allah melihat kepada Luh Mahfuz setiap hari sebanyak 360 kali, setiap kali Allah melihat kepada Luh Mahfuz Allah akan berbuat apa yang dia kehendaki, Allah akan mengangkat darjat orang yang hina, Allah akan merendahkan orang yang tinggi darjat, iaitu Allah mengkayakan yang miskin dan memiskinkan yang kaya, Allah menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup, Allah berbuat apa yang Allah kehendaki, tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Dia.
Daripada Ibnu Abbas lagi : Allah menciptakan Luh Mahfuz dalam tempoh seribu tahun, maka Allah berkata kepada pena sebelum Allah ciptakan makhluk-makhluk Allah : tulislah ilmu Ku pada makhluk-makhluk Ku, maka berlakulah apa yang hendak berlaku hingga ke hari kiamat.
Adapun melihat Luh Mahfuz, maka tidak ada satu pun dalil yang boleh diyakini bahawa Allah pernah memberikan keizinan kepada mana-mana manusia yang Allah kehendaki. Kalau perkara itu mungkin, maka sudah tentu Allah akan memberikan keizinan kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam melihat Luh Mahfuz, yang mana Nabi Muhammad telah sampai kepada penghujung ciptaan Allah sedangkan malaikat Jibril sendiri pun tidak pernah sampai ke situ. Kisah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar.
Adapun melihat beberapa perkara ghaib yang terkandung di dalam Luh MAhfuz, maka harus dicapai oleh sesiapa yang Allah kehendaki, maka sesungguhnya para nabi melihat sebahagian daripada kandungan Luh Mahfuz melalui jalan wahyu.
Ianya juga berlaku kepada beberapa orang soleh dengan jalan kasyaf dan ilham daripada Allah Taala.
Posted by ika at 23:58 0 comments
Wednesday, 8 August 2012
Cinta Tak Semestinya Memiliki
Posted by ika at 11:34 0 comments
Sunday, 17 June 2012
F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.
assalamualaikum semua.dah lama rasanya aku tak update blog ni.entah lah,sejak stay umah ni memang mood nak update blog agak kurang.cuma malam ni je tiba-tiba terlintas di hati nak update..sudah tiga bulan aku habis belajar,budak diploma pun dah masuk belajar semula.kejap je kan masa berlalu.dah tiga bulan juga aku tak jumpa semua kawan-kawan aku masa belajar di unisza.semua nya ade komitmen masing-masing..kali ni aku nak cakap pasal persahabatan...dalam masa tiga bulan ni banyak yang aku belajar tentang persahabatan,kesetiaan dalam bersahabat.dan macam-macam lagi..aku rindu sangat-sangat kawan aku.kadang-kadang aku rasa macam kami semua hanya bercuti lama je.bukan dah habis.susah nak percaya kan..dalam pada itu juga aku dah kehilangan semua kawan.walaupun sering contct thru fb tapi semua tu tak sama macam kita berjumpa face to face kan..sangat sukar di ungkap dengan kata-kata tapi kerinduan tu buat aku selalu teringat kenangan bersama mereka semua.dulu semasa ada di asrama.kami hanya bergantung harap sesama sendiri.semuanye mengambil berat antara satu sama lain,makan sama-sama,outing,belajar sama-sama..walaupun kadang-kadang timbul rasa tidak puas hati tapi itu semua lumrah kan.manusia bila dekat macam tu la,tapi itu tak bermakna tidak ada rasa sayang..persahabatan kami semua bermula sejak aku mula menjejakkan kaki di unisza tahun 2009..masa tu aku memang rasa xselesa..kami semua di tempatkan di blok g.tahun pertama macam biasa tak ada lah rapat sangat.bila tahun kedua kami berpindah ke maryam.di situ lah kemesraan kami makin erat..tiap-tiap malam kami akan borak atau pergi ke bilik kawan-kawan yang lain.bila tiba tahun ketiga persahabatan kami ibarat sebuah keluarga..entah kenapa hari demi hari aku merasakan perpisahan antara kami semua..pada tahun akhir itulah pelbagai aktiviti kami lakukan bersama..aktiviti kami,pergi dan balik kelas sama-sama.makan ramai-ramai di kafe,kadang-kadang mereka makan di ruang tamu rumah aku,di situ kami bercerita,berkongsi masalah,pelbagai luahan yang kami lakukan sambil makan..bila hari selasa atau khamis kami semua pergi ke pasar malam belakang unisza,berjalan ramai-ramai,bila dah bosan makan di kafe,kami akan berjalan keluar ke kedai-kedai makan berdekatan,memang kalau nak dikira memang agak jauh plus kami berjalan kaki tapi bila keluar ramai-ramai macam tu tak rasa jauh sangat.pernah satu petang kami terlampau bosan,kami main tali,bola kaki tiga di bawah blok m,memang macam budak-budak sampai semua yang lalu depan tu pandang..bila tengah malam pula kami stay up untuk menyiapkan tesis dan asaiment...dah malam perut pun mula lah lapar,bekalan yang ada hanya megi,masak megi dan makan ramai-ramai dengan air tea panas..biar pun tak sedap sangat tapi itu lah bila dah makan ramai-ramai memang ternyata lain sangat rasanya...weekend kami jarang duduk di asrama je,selalunya akan pergi main boling di astaka,pergi giant,mydin mall,.,cherating,mesra mall dan sekayu mencipta seribu kenangan untuk kami semua...sungguh semua itu takkan dapat aku lupakn..aku tahu aku bukan kawan atau sahabat yang baik untuk kamu semua,tapi aku sayangkan persahabatan kita,yang takkan ada galang gantinya..aku tahu aku pernah melukakan hati menggores hati dengan kata-kata dan perbuatan aku.tapi tanpa kamu semua aku kesunyian.aku dah hilang sahabat untuk berborak,untuk bercerita,outing,..seolah-olah aku dah hilang semua..aku tak tahu kenapa terlalu merindui semua itu..bersama kamu semua aku seolah-olah dalam dunia baru...sekalipun aku berjumpa kawan baru aku takkan pernah lupa kamu semua..walaupun aku tahu takde sesiapa yang ingat pada aku tapi insyallah selagi aku masih bernyawa aku akan ingat sahabat-sahabat yang membuatkan aku menangis dan ketawa semasa kita sama-sama berjuang mencari ilmu dulu...aku akan selalu mendoakan kamu semua walaupun kita jauh..terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku sepanjang 3 tahun aku berada di sana..terlalu sayangkan kamu semua kerana ALLAH dan aku juga merindui kamu semua kerana ALLAH...:(
Posted by ika at 23:57 0 comments
Sunday, 1 April 2012
berpisah jua..bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerna ALLAH
21/03/2012.ITU lah tarikh perpisahan kami semua,.sungguh sedih aku rasakan.Di UNISZA kami bertemu,di LCCT kami berpisah.malam itu semuanya pulang dan membawa haluan masing-masing.kenangan pergi sarawak takkan akan aku lupakan.selama hampir setahun kami merancang untuk membuat program ini.berbagai-bagai halangan yang kami terpaksa harungi.bayangkan semua kos pergi sana kami yang kena tanggung dengan duit kami sendiri,pihak u hanya menyediakan bas pergi ke kl sahaja dan balik ke terengganu.penginapan,pengangkutan dan makan minum sepanjang berada di bumi Kenyalang itu kami harus guna duit poket sendiri.kami masih student.banyak duit kena pakai,tambahan pula kami di tahun akhir,banyak yang kena selesaikan seperti kertas kerja atau tesis.memang semua itu memeningkan kepala kami warga pti sem6.tapi kami tekad untuk mencari sponsor luar.walaupun tak banyak yang kami dapat tapi alhamdulillah dapat juga menampung sedikit sebanyak yang mana kurang.,pada awalnya kami merancang untuk membuat program bersama anak yatim dan sukan persahabatan bersama dengan aadk sarawak,tp kami hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.pada saat akhir dalam dua atau tiga hari sebelum kami pergi sana,pihak mereka telah membatalkan program itu di atas sebab yang tak dapat dielakkan.jadi untuk yang formal kami hanya pergi ke DUN sarawak,Mahkamah Syariah,kami bertolak dari UniSZA pada hari jumaat malam.pukul 10 lebih kami bertolak,kali ini perjalanan tidak sama seperti pergi ke kl beberapa minggu yang sudah,ini kerana pemandu bas sangat2 tidak mesra seperti Pok Lan dan Pok Yo.sepanjang perjalanan ke sana kami semua senyap sahaja.semua tidur,sampai pun agak awal.kami bersiap2 di masjid putrajaya dan seterusnya bertolak ke kediaman PM.waktu tengah hari pula kami makan di rumah mr presiden iaitu Cepet.bersusah payah emak dia menyediakan makan tengah hari untuk kami semua.terima kasih sebab menyediakan makanan yang sangat enak:-)...selepas makan tengahhari dan solat zohor kami pergi ke lcct memandangkan flight kami pukul 4.35 untuk penerbangan yang pertama.semasa pergi ke kuching ada 3 group.alhamdulillah aku group yang pertama dan sebelah ain pula tu.malam pertama kami pergi ke kubahria untuk makan malam,.tiada apa yang menarik disana.barang pun tak banyak dijual.kami menginap di Home Stay Nadin.ada 6 bilik semuanya setiap bilik 3 orang.memang mewah homestay tu.semua kelengkapan disitu amat2 selesa.berbaloi dengan bayarannya.hari pertama kami dibumi kenyalang itu,uncle aka driver bus kami sepanjang berada di sarawak membawa kami ke perkampungan budaya.bayaran masuk untuk pelajar hanya rm15.memang besar perkampungan budaya yang menempatkan masyarakat melayu,melanau,iban dan lain2 lagi.di sana pelbagai pengalaman yang kami dapat dari pelbagai budaya.palingbest ketika menari kebudayaan dirumah melanau dan semasa di istana budaya,.kami semua dijemput naik ke atas pentas untuk menari tarian zapin bersama penari2 mereka,bermacam-macam gelagat yang dapat dilihat.baru lah aku tahu yang aku sangat keras untuk menari tarian traditional.,tapi itulah pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan.sangat2 sweet.then tengah hari tu plak kami pergi ke waterfront.kat situ lah kami membeli belah.memang sakan semua bershopping.aktiviti kami berakhir pukul 6 petang.malam tu semua dah bersepakat untuk memasak dan makan malam bersama.esoknya pula kami ke dewan undangan negeri sarawak,kalau hari pertama tema kami warna merah hari kedua pula warna pink..sangat2 menyerlah kedua-dua warna itu.selepas ke dun kami pergi ke muzium dan seterusnya ialah lawatan sosial,saat2 yang kami tunggu,memandangkan semua perlu berkumpul pukul 6 petang aku,ain,mona dan suzi bersepakat untuk pergi tengok wayang di parkson.Kami menonton cerita 7 petala cinta.nampaknya cerita ini tidak mendapat sambutan.bertemakan romantik islamik jalan ceritanya agak menarik cuma part ending aku tak puas hati.hari ketiga kami semua pergi ke mahkamah syariah,,sambutan sangat ok,layanan yang sangat mesra dari pihak mereka sehingga ketua hakim negeri sarawak sanggup turun.dalam mahkamah tu sempat juga lah kami posing amik gambar tumpang bergaya kat tempat hakim,kandang pesalah,saksi dan etc.hari yang ketiga kami pulang agak awal sebab malamnya kami ada dinner dengan yb.memandangkan esoknya dah nak balik semua ambik kesempatan untuk kemas barang.sebelum balik sempat singgah mall the spring.better than mall yang kami semua pergi dekat waterfront.semua ada di mall ni.malam tu kami pergi dinner,makan steamboat,memandangkan tempat makan tu tak boleh pasang montaj so kami semua bersepakat nak buat makan supper sambil menonton montaj tu.hanya montaj dan kek yang tak seberapa tu saja aku dapat bagi pada kamoo semua.selebihnya aku tidak mampu,sebelum acara potong kek kami semua memberi ucapan terakhir.setiap seorang wajib memberi ucapan,.itulah saat paling menyentuh hati kami sepanjang berada di sana.persahabatan kami tiada galang gantinya,esoknya sebelum pergi ke Kuching International Airport kami singgah di kilang kek Dayang Salhah,rupanya hanya seberang waterfront yang kami selalu lepak tu saja.the last one kami semua pergi muzium kuching.bagi yang minat kuching oklah tapi tak bagi aku.huhu..memang aku kurang bab-bab tengok benda macam tu,kami sampai di airport agak awal.selepas check in semua tiba2 saja ada masalah,hand luggage seorang satu sahaja.itu sangat2 membengangkan kami,yela kena tambah duit saat2 akhir.padahal dalam flight tu tak penuh pun orang,.kami smpai di LCCT agak awal tapi harus tunggu group kedua sampai.pukul 10.30 malam,tibalah saat kami semua berpisah,semua orang yang ada di LCCT itu memandang kami pelik,ye la kami semua dup nangis kat situ,tengah2 orang ramai,nak buat macam mana,perasaan ini tak boleh di tahan-tahan,plus akan berpisah dengan rakan seperjuangan yang selama ini 3 tahun kami berkongsi suka duka.memang aku sedih sangat-sangat malam tu.berpisah dengan mereka semua dan yang balik ke terengganu hanyalah beberapa orang je.sepanjang perjalanan kami tidak banyak berbual.semua tidur je,sarapan pagi di kedai dekat marang pun hanya satu meja sahaja yang selalunya kami semua duduk antara 3 or 4 meja,tapi pagi itu semuanya berbeza.AIN,MONA,SUZI,JIHA,SYERA,INTAN,ANNE,PIQA,NISA',MASHI,PIPAH,EQA,CT,ZATI,EMAN,RAISAH,LINA,JANNAH,LIN,ANIS,CEPET,BULAT,AMEER,AZIM,ANIP,PADIL,POJI,ISMAT,,,, aku akan ingt kamoo semua.. KITA SAHABAT UNTUK SELAMANYA..aku sayang kamoo semua kerana ALLAH..tiada apa yang dapat putuskan persahabatan kita.aku harap walaupun kita semua dah jauh dan terpisah oleh jarak tapi kita semua akan tetap akan berhubung dengan apa jua cara sekalipun.3 tahun,semua memori suka duka kita aku takkan pernah lupakan.kamoo semua sahabat terbaikk aku,kita semua rapat seumpama satu family.aku harap kita semua dapat kekalkan ikatan itu...
Posted by ika at 01:39 0 comments








