Blogger Backgrounds
style="background: url(http://thecutestblogontheblock.com/wp-content/uploads/2011/10/preciouspetalscopy.jpg) center top fixed no-repeat !important;">

slide

Sunday, 11 March 2012

sakitnya sebuah perpisahan itu.

entah kenapa,aku dah dapat rasakan perpisahan yang bakal aku tempuhi.sungguh aku tak cukup kuat atau memang aku tak kuat.perpisahan itu amat sakit dan pedih aku rasakan.biarpun masih berbaki beberapa hari,aku sudah mula mengalirkan airmata bila membaca status sahabat-sahabat aku di fb mahupun twitter.susah untuk aku melepaskan semua pergi dengan senyuman.dan agaknya memang mustahil untuk aku tersenyum lagi.mereka telah menceriakan hari aku.mengenali mereka sangat indah aku rasakan.pelbagai aktiviti kami lakukan bersama,sukan,berkelah,outing,tidak kira pergi bermain bowling hinggalah ke permainan traditional kami lakukan bersama.selepas ini?aku sudah tidak akan berjumpa insan seperti kalian lagi.sebak aku rasakan.selepas ini aku tidak ada lagi teman untuk keluar bersama-sama,tiada lagi teman untuk puasa bersama-sama.setiap malam kami akan makan bersama-sama.kini semuanya akan sepi.tiada lagi gelak ketawa.yang tinggal hanyalah sebuah kenangan yang dapat aku ingat sentiasa.3 tahun walaupun tempoh itu nampak bagaikan lama tapi masa berlalu terlalu pantas.esok adalah harinya.hari dimana aku akan habeskan exam aku selepas enam semester aku berada disini.dan esok juga lah hari terakhir aku akan berjumpa dengan tenaga-tenaga pengajar aku,blok2 kuliah yang selama ini memberikan keselesaan untuk aku menuntut ilmu.maaf kawan-kawan.hati aku sudah tidak kuat bila memikirkan semua itu.walaupun perpisahan dan pertemuan itu adat dunia,tapi aku tidak mampu menipu hati aku. aku sudah mula menangis,menangisi akan sebuah perpisahan.memori yang tercipta antara kita terlalu banyak untuk disingkap satu persatu.cukuplah aku cakap bahawa aku sangat gembira mengenali semua rakan-rakan pentadbiran islam yang selama 6sem mengenali aku.selepas ini tiada lagi pertemuan,tiada lagi aktiviti yang dapat kita lakukan bersama,kerana semua sudah membawa haluan masing-masing.biarlah mereka semua mengatakan aku lemah sebab aku memang tidak kuat untuk menempuhi perpisahan itu..sahabat2ku,aku memohon maaf sekiranya selama 6 sem kita bersama,aku pernah menyakiti hati kamoo semua,pernah membuat kamu semua terluka dengan perbuatan mahupun percakapan aku..aku sayangkan kamoo semua sepenuh hati dan kerana ALLAH..

0 comments: