Assalamualaikum,selamat menyambut bulan ramadhan,dah lama tak update blog ni.sedar tak sedar kita dah masuk bulan puasa.dah bulan 7 dah sekarang.bulan 7 bulan yang special untukku.masa sangat tidak mengizinkan sekarang sejak kerja ditempat yang baru.masih dalam proses menyesuaikan diri.tapi seronok.ramai kawan2 yang baru.banyak support aku disana.yes walaupun aku masih malu-malu.tapi kena independent.kena confident.aku yakin aku boleh.walaupun ramai tak faham apa kerja aku sebenarnya.dont think what others say.yang penting kerja halal..sekarang masa untuk kawan2 zaman sekolah pun dah tak ada sangat.selalu keluar dengan geng2 ofis,sangat happening..hope target aku akan tercapai dalam masa terdekat ni..i know i can do it.
Friday, 12 July 2013
my new job
Posted by ika at 21:51 0 comments
Wednesday, 20 March 2013
setahun sudah berlalu
pejam celik pejam celik sekejap je kan setahun itu berlalu.2012 meninggalkan kita dengan penuh kenangan dan memori.saat dan ketika ini kita semua warga pti 09/10 unisza masih lagi di sarawak.hari-hari terakhir kita disarawak.masih tersemat dalam memori ini,malam 20hb mac 2012 kita semua pergi dinner.lepas balik dinner tu kita buat jamuan terakhir kali mungkin.kita semua memberi ucapan terakhir.masih terngiang2 di telinga ini kata-kata terakhir daripada rakan-rakan seperjuangan.masih terbayang dimata ini seorang demi seorang sebak mengalirkan airmata.kenangan yang tak mungkin pernah kita lupa.kita balik ke rumah masing-masing dengan seribu satu kenangan tersemat di memori.masih aku terasa hangatnya pelukan rakan-rakan seperjuangan ku di lcct.tempat perpisahan kita semua.kali terakhir kita berjumpa di lcct dan berjanji akan berjumpa pada hari konvokesyen kita.sekarang waktu konvo sudah berlalu jua.entah bila kita akan bertemu lagi.sukar kan nak membuang semua kenangan indah mahupun pahit.aku pasti kenangan pahit jua buat kita tersenyum bila terkenang kembali.susah nak percaya tapi itu lah hakikat.aku bangga ada sahabat-sahabat seperti kamu semua.sepanjan di sarawak pelbagai kesulitan kita lalui bersama.hingga saat kita nak balik di airport pelbagai perkara yang berlaku.lina hilang pass dia.dan kita terpaksa membayar berkongsi duit untuk membayar lebihan muatan.kita berlari untuk ke boarding pass sebab group kita paling lambat sedangkan flight dah nak berlepas.pengalaman pergi negeri orang tanpa pengawasan sesiapa.hanya kita-kita yang saling menjaga diri antara satu sama lain.aku terlalu ingin berjumpa kamu-kamu semua.bila agaknya kita semua akan ada waktu yang lapang untuk membuat reunion.sekarang semua dah bz dengan komitmen masing-masing.kamo semua sahabat sejati saya hingga ke syurga insyallah.
Posted by ika at 16:58 0 comments
Tuesday, 19 February 2013
mengapa terjadi perpisahan di kala aku memerlukan.
salam semua.dah lama sangat tak update blog ni.bersawang dah.bukan busy cuma tak tahu apa yang patut di ceritakan lagi.sejak dah habis belajar.cerita aku tetap topik yang sama.bosan.entah bila semua ini akan berakhir.kadang aku rasa macam tak percaya aku dah habis belajar.aku dah tak dapat menuntut ilmu.dah tak ada orang nak mencurah ilmu pada aku.sungguh aku rindu suasana dalam kelas.walaupun aku bukanlah seorang pelajaryang selalu fokus yang selalu duduk didepan.tapi aku tetap rindu saat itu.andai diberi peluang aku ingin ulang saat tu kembali bersama sahabat yang lain.aku rindu.aku rindu saat kita belajar dalam kelas.usik mengusik dalam kelas.gaduh.bergurau.seolah adik beradik di dalam kelas islamic admin di unisza itu.di mana dpat aku cari sebuah persahabatan sebegitu.bagi aku tidak dapat cari di mana-mana.sekarang semua sudah membawa haluan masing-masing.ada yang sambung belajar.ada yang dah kerja.hakikatnya kita sudah tidak lagi di bawah satu bumbung.aku selalu berharap jodoh kita semua panjang.kita dapat berkumpul seperti dulu.seperti sebuah keluarga yang bahagia.mungkinkah akan ada peluang sebegitu.aku selalu berdoa agar kita diberikan umur yang panjang.agar dapat bersua.walaupun sudah berbeza haluan.dulu kita lah yang gila2 dalam kelas.selalu buat bising.selalu duduk di belakang.selalu datang kelas lambat.boleh makan dalam kelas.jambu dan satay ikan.semua tu masih terbayang dalam fikiran aku.dulu aku sedar aku tidak menjadi sahabt yang baik pada kamu semua.tapi aku rindu kenangan yang kita ukirkan bersama.tiga tahun kita menimba ilmu bersama.masa berlalu dengan pantas.hanya gambar yang jadi pengubat rindu.sahabat.aku rindu kenangan sewaktu kita di unisza.tak kira pahit ke manis.
Posted by ika at 02:18 0 comments
Tuesday, 11 December 2012
IM NOT GOOD ENOUGH
hari demi hari berlalu.sunyi sepi ati ini.kosong.hari aku lalui sangat hambar.tanpa kamu semua.selama tiga tahun kita kenal.aku ingin meminta maaf andai terkasar bahasa.aku tahu aku tidak mampu menjadi teman yang terbaik untuk kamu semua.kadang diri ini emosi,marah dan kecewa.tapi aku bangga walaupun aku terlalu banyak kelemahan tapi kamu semua masih sudi menjadi sahabat aku.aku tertanya,bilakah kita akan berkumpul lagi?mungkin situasi takkan sama seperti dalam kelas,tapi biarlah sama seperti kita semua pergi ke sarawak.atau ke kl mungkin.itu adalah trip yang terbaik pernah aku ikuti.di kl kenangan terindah kita walaupun tak lama.dan di sarawak.di bumi kenyalang kita lalui susah dan senang sama-sama tanpa pengawasan dari orang lebih dewasa dari kita.hanya kita-kita sahaja.susah senang same kita harungi.mengambil berat antara satu sama lain.mana mungkin aku dapat lupakan semua itu sekelip mata.aku bukan lah orang yang senang melupakan apatah lagi sesuatu yang terindah dalam hidup aku.walaupun aku sedar yang terindah itu hanya sementara.tapi itulah kenangan manis kita semua.sungguh aku sunyi sangat.makan sorang-sorang.keluar sorang-sorang.dah tak ada mona dan ain yang selalu teman aku pergi mana.makan sama-sama.aku rindu korang sangat-sangat.sampai dah tak tahu camna lagi nak hilangkan kerinduan ni.selama tiga tahun aku biasa makan,keluar,bergurau,bergaduh,borak,ketawa,menangis dengan kamu semua.macam mana aku nak hilangkan tabiat tu dalam sekelip mata.aku tak mungkin dapat lakukan dalam masa terdekat malah mungkin mengambil masa yang panjang untuk biasakan semua tu tanpa kamu semua.aku rasa lost sangat.sesusah mana pun hidup zaman belajar di unisza dulu aku tak pernah rasa down camni.dulu ada orang akan dengar setiap keluh kesah aku.akan ade someone when im happy or sorrow.sekarang.aku dah tak ade sape nak luahkan semua tu.gembira atau sedih pendam sendiri je.perpisahan ini sungguh menyakitkan.namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan.kesunyian ini membunuh jiwaku.:(
Posted by ika at 21:20 0 comments
PERSAHABATAN ITU KETAWA DAN AIRMATA
ASSALAMUALAIKUM SEMUA^^
lama sangat blog ni tak di update.nak cakap bz rasanya takde keje sangat pun.lebih kepada tak ada mood sebenarnya.masa berlalu dengan pantas sangat kan,sampai tak sedar kita dah di penghujung tahun 2012.hanya sebulan je lagi sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya.dalam tak sedar.aku kini bukan lagi bergelar mahasiswi unisza.alhamdulillah aku dan kawan2 sudah bergraduat pada 2/12/12 dengan rasminya di stadium tertutup unisza..berakhir konvo maka berakhir lah pertemuan kami.erk sebenarnya tak tahu bila akan jumpa.sebelum konvo selalu cakap selepas konvo kita akan jumpa.kita akan kumpul semula.tapi kini konvo dah habis.entah bila akan berjumpa.hati ini terlalu rindu nak berkumpul seperti dulu.masih adakah kesempatan itu.hidup dan mati kita tak tahu bila.takut sangat tak sempat jumpa kalian semua andai hidup di dunia ini singkat.mengenali kawan-kawan diploma pentadbiran islam adalah satu anugerah tak ternilai dalam hidup aku.ada perasaan halus dalam diri ini.hubungan kita terlalu erat.malah lebih erat dari mereka yang ada pertalian darah.selama tiga tahun,kita bergurau,bergaduh,berselisih faham,berkongsi idea,di dalam kelas mahupun di luar kelas.sungguh aku katakan inilah sahabat-sahabatku yang sebenar,berbanding di zaman persekolahan.dengan kamu aku mengenal erti persahabatan.setiap inci dan ruang di bumi unisza/terengganu mempunyai memori yang takkan pernah aku lupa.setiap sudut kita ambil gambar sampaikan penuh memori,mana mungkin semudah itu aku lupakan kamu semua.pada kamu aku berkongsi masalah,cerita.bergosip.waktu konvo sangat singkat pertemuan kita.masa berjumpa hari konvo aku rasa seolah-olah kita seperti di zaman belajar dulu.manisnya pertemuan itu.tapi pahitnya perpisahan.maaf aku tak kuat hadapi perpisahan ini.biar lah orang nak cakap apa.sebab aku betol-betol mengerti apa itu erti persahabatan.aku dah hilang kawan nak bercerita.,nak bergelak ketawa.nak makan sama.nak keluar sama-sama.sungguh aku sunyi.sunyi tanpa kamu semua.sampai tak tahu macam mana nak describe rasa sunyi ini.aku sedar masa takkan dapat undur semula.hanya kenangan je mampu buatku tersenyum.saat kita dalam kelas.kejap je masa 3 tahun tu berlalu kan.masa zaman belajar selalu tension nak habis belajar cepat-cepat.bila dah habis rindunya hanya ALLAH je yang tahu.hanya gambar yang menjadi kenangan dan pengubat rinduku.terima kasih sahabat atas kenangan dan memori terindah kita.
![]() |
| SAYANG kamoo..xoxo |
![]() |
| moga persahabatan kita terus kekal |
![]() |
| aku rindu saat ini |
![]() |
| trm kasih mona dan ain sudi jd shbtku |
![]() |
| pic terakhir bersama kamo2 smua |
![]() |
| konvo time.one n only |
![]() |
| u r my #bff |
Posted by ika at 03:18 0 comments
Saturday, 15 September 2012
Adakah Dia milikKU?
JODOH..ehem-ehem..walaupun umur saya agak muda untuk membahaskan soal ini dan masih belum punya banyak pengalaman, tapi, insyaallah, saya sekadar berkongsi dan bercerita, serta memohon teguran dari rakan sahabat yang lebih tinggi ilmunya daripada saya berkenaan soal ini ;)
Satu malam, saya mesej dengan kawan(perempuan of course) , bunyinya lebih kurang begini..
Entah kenapa malam itu kami membahaskan isu jodoh ;)
Saya : Erm, jodoh saya belum sampai! biar lah dia datang sendiri..awak rasa mana yang baik? cari jodoh ke atau biar dia datang sendiri?
Kawan : kata orang baik biar ia datang sendiri..
Saya : tapi, kalau datang sendiri selalunya lambat..
Kawan : menurut pembacaan saya, yang dicari mudah pergi, yang datang sendiri, kekal..pilihlah! :)
Ahaha..dan perbicaraan kami selepas itu sangat melalut dan terlalu ke hadapan..maka tidak boleh diceritakan di sini..;)
So, jodoh! saya percaya pada jodoh..ya, sebab ada jodoh maka kita bertemu di sini..pembaca bertemu dengan hasil-hasil tulisan saya dan Wana disini yang masih banyak perlu diperbaiki..sebab jodoh, saya bertemu dengan rakan sahabat walaupun hanya di alam maya ;)
Jodoh ini sudah tersirat sejak azali..sudah tertulis di Luh mahfuz..LuH MAHFUZ??
Luh Mahfuz ialah sebuah kitab yang Allah tulis di dalamnya qadha qadar semua makhluk sebelum Allah jadikan mereka.
maksudnya : Terjemahan Ar Rahman : 70. Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
Disebutkan dalam kitab-kitab tafsir satu kata-kata daripada Ibnu Abbas (ابن عباس) : Luh Mahfuz itu diperbuat daripada yaqut merah, atasnya terikat pada arasy manakala bawahnya di pangkuan malaikat-malaikat, tulisannya cahaya, dan penanya cahaya, Allah melihat kepada Luh Mahfuz setiap hari sebanyak 360 kali, setiap kali Allah melihat kepada Luh Mahfuz Allah akan berbuat apa yang dia kehendaki, Allah akan mengangkat darjat orang yang hina, Allah akan merendahkan orang yang tinggi darjat, iaitu Allah mengkayakan yang miskin dan memiskinkan yang kaya, Allah menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup, Allah berbuat apa yang Allah kehendaki, tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Dia.
Daripada Ibnu Abbas lagi : Allah menciptakan Luh Mahfuz dalam tempoh seribu tahun, maka Allah berkata kepada pena sebelum Allah ciptakan makhluk-makhluk Allah : tulislah ilmu Ku pada makhluk-makhluk Ku, maka berlakulah apa yang hendak berlaku hingga ke hari kiamat.
Adapun melihat Luh Mahfuz, maka tidak ada satu pun dalil yang boleh diyakini bahawa Allah pernah memberikan keizinan kepada mana-mana manusia yang Allah kehendaki. Kalau perkara itu mungkin, maka sudah tentu Allah akan memberikan keizinan kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam melihat Luh Mahfuz, yang mana Nabi Muhammad telah sampai kepada penghujung ciptaan Allah sedangkan malaikat Jibril sendiri pun tidak pernah sampai ke situ. Kisah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar.
Adapun melihat beberapa perkara ghaib yang terkandung di dalam Luh MAhfuz, maka harus dicapai oleh sesiapa yang Allah kehendaki, maka sesungguhnya para nabi melihat sebahagian daripada kandungan Luh Mahfuz melalui jalan wahyu.
Ianya juga berlaku kepada beberapa orang soleh dengan jalan kasyaf dan ilham daripada Allah Taala.
Posted by ika at 23:58 0 comments
Wednesday, 8 August 2012
Cinta Tak Semestinya Memiliki
Posted by ika at 11:34 0 comments



























































