Blogger Backgrounds
style="background: url(http://thecutestblogontheblock.com/wp-content/uploads/2011/10/preciouspetalscopy.jpg) center top fixed no-repeat !important;">

ika yusoff

slide

Sunday, 11 March 2012

sakitnya sebuah perpisahan itu.

entah kenapa,aku dah dapat rasakan perpisahan yang bakal aku tempuhi.sungguh aku tak cukup kuat atau memang aku tak kuat.perpisahan itu amat sakit dan pedih aku rasakan.biarpun masih berbaki beberapa hari,aku sudah mula mengalirkan airmata bila membaca status sahabat-sahabat aku di fb mahupun twitter.susah untuk aku melepaskan semua pergi dengan senyuman.dan agaknya memang mustahil untuk aku tersenyum lagi.mereka telah menceriakan hari aku.mengenali mereka sangat indah aku rasakan.pelbagai aktiviti kami lakukan bersama,sukan,berkelah,outing,tidak kira pergi bermain bowling hinggalah ke permainan traditional kami lakukan bersama.selepas ini?aku sudah tidak akan berjumpa insan seperti kalian lagi.sebak aku rasakan.selepas ini aku tidak ada lagi teman untuk keluar bersama-sama,tiada lagi teman untuk puasa bersama-sama.setiap malam kami akan makan bersama-sama.kini semuanya akan sepi.tiada lagi gelak ketawa.yang tinggal hanyalah sebuah kenangan yang dapat aku ingat sentiasa.3 tahun walaupun tempoh itu nampak bagaikan lama tapi masa berlalu terlalu pantas.esok adalah harinya.hari dimana aku akan habeskan exam aku selepas enam semester aku berada disini.dan esok juga lah hari terakhir aku akan berjumpa dengan tenaga-tenaga pengajar aku,blok2 kuliah yang selama ini memberikan keselesaan untuk aku menuntut ilmu.maaf kawan-kawan.hati aku sudah tidak kuat bila memikirkan semua itu.walaupun perpisahan dan pertemuan itu adat dunia,tapi aku tidak mampu menipu hati aku. aku sudah mula menangis,menangisi akan sebuah perpisahan.memori yang tercipta antara kita terlalu banyak untuk disingkap satu persatu.cukuplah aku cakap bahawa aku sangat gembira mengenali semua rakan-rakan pentadbiran islam yang selama 6sem mengenali aku.selepas ini tiada lagi pertemuan,tiada lagi aktiviti yang dapat kita lakukan bersama,kerana semua sudah membawa haluan masing-masing.biarlah mereka semua mengatakan aku lemah sebab aku memang tidak kuat untuk menempuhi perpisahan itu..sahabat2ku,aku memohon maaf sekiranya selama 6 sem kita bersama,aku pernah menyakiti hati kamoo semua,pernah membuat kamu semua terluka dengan perbuatan mahupun percakapan aku..aku sayangkan kamoo semua sepenuh hati dan kerana ALLAH..

Friday, 2 March 2012

kemalasan semakin terokk melanda

JUM SEMUA KITA BERSUKAN..^^
hanya tinggal dua hari je lagi nak exam.first paper adalah law,takot sangat tapi entah kenapa malas gila nak baca.ari demi ari makin malas bukan makin rajin.dalam kepala ni macam dah kena mind set dah nak habis belajar.memang sedih nak berpisah dengan kawan-kawan tapi untuk stay kat sini memang dah tak sanggup lagi.cukuplah selama tiga tahun aku behijrah ke negeri orang.aku ingin duduk di kelate pula.dah lama tinggalkan tempat tu.rindu sungguh kat negeri aku especially my room..entah macam mana nasib aku lepas habis belajar ni.ingat nak kerja tapi aku tahu tak semudah tu..memandangkan aku hanya beberapa minggu je kat bumi terengganu ni.aku ingin pergi semua tempat yang tak pernah aku pergi dan aku ingin rakam kan saat2 terakhir bersama kawan2 semua..

sayang kamoo kerana ALLAH

fuh sudah agak lama blog ini tak diupdate.memang bersawang.disebabkan kebizian dengan final,nak kejar tarikh tesis lagi before this,apa-apa pun alhamdulillah tesis telah selamat di hantar,moga mendapat keputusan yang tidak mengecewakan.amin..kini aku dalam minggu belajar atau lebih dikenali sebagai 'stduy week'..nama je study week tapi entah apa yang aku study aku pun tak tahu,study fb,novel,twitter and etc.memang terok lah aku ni,huhu.dah sem akhir pun still macam ini jugak,minggu sudah kami aka pti baru sahaja selesai membuat satu lawatan jelajah siswa ke DBKL n KWSP..sungguh aku memang seronok mengikuti program tu.semuanya memberikan komitmen yang sangat hebat.pelajar lelaki kelas kami sangat-sangat mengambil berat.dan pelajar-pelajar perempuan pula sangat berdedikasi.Pagi tu kami pergi DBKL,memang mendapat sambutan dari pihak mereka,sambutan yang sangat memberansangkan kami.sungguh terkejut bila orang atasan mereka memberikan komitmen dan sanggup turun padang untuk meluangkan masa bersama kami..kami sangat hargai jasa baik En Sophian dan En Khairul dan yang lain2.Lepas lunch kami semua bergerak ke KWSP pula,dekat KWSP sambutan nya sama dengan DBKL.Puan yang bagi speech pada kami semua umpama lecturer.sangat mengambil berat tentang macam mana keadaan kami..pada waktu malam pula kami semua pergi The Mines,esoknya pergi ke UIA..Kami beruntung mendapat driver2 yang tersangat sporting iaitu Pok Lan n Pok Yo,sungguh gelagat mereka sangat mencuit hati,kami bertuah mendapat driver yang sangat peramah macam tu.layan kitorg sperti anak sendiri..tapi yang sedihnye bila otw balik tu ramai yang dah tak ada,masing-masing turun ke destinasi.sungguh waktu itu aku rasa ingin sangat menangis.sedih akan perpisahan yang berlaku.walau aku cube kuatkan hati tapi ia tetap terkesan di hati kecilku ini.kawan-kawan yang tinggal dalam bas tu pun seakan merasai perkara yang sama.pergi dan pulang sangat berbeza.hati ini tak mampu menahan sebak melihat kawan-kawan yang pergi seorang demi seorang.tapi harus akur dengan lumrah kehidupan..sekarang semua warga pti bacth 09/10 sedang struggle untuk final exam yang bakal kami duduki pada 5/3/12 until 12/3/12.doakan kami semua berjaya ye..

p/s::tak sabar nak pergi sarawak lepas exam..^_^

jejaka pti

suka tengok pic ni^^

inilah dia pok lan n pok  yo..driver kami

perintisian unisza..luv u all

time prg ramai n meriah je:-D

bila balik da kosong smua seat.sunyi sepi:-(

mr froggy ku digntung oleh pokyo..huhu

Sunday, 12 February 2012

semua itu hanyalah sejarah nan lalu

Selalu kite bertanya pada hati kita,mengapa masih ada airmata ini,mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu,berlalu pergi dengan hati yang rela..Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu,dengan hati yang berat....

 Menangisi keseorangan dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia...sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas??

                   Bila sedang diri merasakan adanya cinta,semua orang pandai berbicara tentang cinta..beruntunglah mereka yang punyai bahagia tika cinta itu hadir...


 Dan kadang kita merintih sayu...mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu..mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu..dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa..walau kita tahu,masa yang dulu takkan waktu berputar..mengapa masih ada bayang semalam tika wajah itu sudah tiada lagi di sisi?

                Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga mudah.tapi untuk dicintai orang yang kita cintai,itulah sukar diperolehi.


Kita kadang selalu saja asyik melayani perasaan saban hari..seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati...Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta seolah difikirkan sudah hilang.

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang..kenangan sering dikaitkan dengan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan...kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah dilupa..

                                Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu mata kamu pasti berkaca,.kerana saat bersama si dia tidak akan berulang lagi.. dan kerana setiap saat bersama si dia adalah saat yang amat berharga..


Dan jika ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi..apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..siapa lah kita untuk terusa mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya..kita cumalah hamba ALLAH yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman.

             Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran dengan kita bermimpikan apa yang jauh daripada kita...


Kadang-kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita..sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu..hakikatnya kita telah berpisah dan mungkin cinta itu sudah pudar..tapi kerana kita sombong diri atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan satu perbohongan yang nyata,..menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itu lah kita,selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita,membuatkan kita terus dalam lena yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam yang nyata..cinta itu bukan milik kita lagi..cukuplah sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati..tidak melepaskan apa yang bukan milik kita..sedangkan masa yang berlalu tidak menunggu kita..sesungguhnya kita dalam kerugiaan yang nyata..membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat,..

                  Jangan diharapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika ianya masih lagi di dalam lena yang panjang..

Saturday, 11 February 2012

siku ku sAKIt

petang tadi kitorang bermain game,.sape 'kitorang' yang aku maksudkan ialah aku sendiri,ain,mona,anne,jannah,fatin,lina n syera.mula-mula main bola kaki tiga.main kejap je dah pancit,memang penat gila lah,huhu.tak larat kot nak lari,at the last aku mengalah je dari dikejar.and then kami bermain getah,memang best sangat2 plus dah lama tak main,dulu teringat dekat kampung selalu main petang-petang.sungguh indah saat tu.aku memang main sungguh-sungguh petang tadi dah alang-alang nak main kan.huhu..berapa kali kot aku terbaring jatuh tergolek atas rumput tapi seriously im so excited,bila malam menjelma badan-badan aku dah sakit,terutama pinggang aku,dan siku aku rasa sakit sangat.mungkin kesan jatuh tadi kot.masa main dan lepas main tak rasa apa-apa.dah malam mula lah semua sakit-sakit.tapi nak buat macam mana terima jelah kan.sekarang dah pukul3 pagi tapi kami (mona,lina,jannah,ain) masih bersengkang mata membuat tesis yang perlu di submit ari ahad ini iaitu 12/2/2012.disebabkan selama ni tesis kami buat dengan tidak bersungguh-sungguh so malam ni terpaksa lah bertungkus lumus untuk siapkan sebelum tarikhnya kerana tanpa tesis ini kami tidak boleh graduate.mungkin sekarang amat-amat perit kami rasakan untuk menyiapkan tesis ini tapi bila lepas ini kami akan mengenangkan saat ini bila semua dah berjauhan nanti.cerita pasal berjauhan ni.aku hanya ada dua minggu lagi selepas tu aku akan cuti study week selama seminggu and then aku akan exam sebanyak lima paper sebelum menghabeskan pelajaran aku di unisza selama tiga tahun.exam kali ni agak mencabar sebab memang tak ada gaps pun.tapi takpe lah cepat sikit kot habis.memang tak sabar rasanya nak habiskan pelajaran di bumi unisza ni.terlalu banyak kenangan pahit sepanjang belajar disini.tapi aku dapat kenangan yang paling istimewa iaitu berjumpa dengan kawan-kawan sekelas yang sangat gila-gila.kadang-kadang kerisauan ini di timbuk di hati kecil adakah aku akan dapat serasikan diri di tempat lain sepertimana aku serasi dengan kawan-kawan aku dalam kelas diploma pentadbiran islam.apa-apa pun dalam masa yang amat singkat yang ada ni aku ingin sangat habiskan masa dengan semua kawan-kawan aku agar aku dapat ciptakan kenangan dan habiskan masa bersama mereka sebelum semua masing-masing pulang ke tempat asal,thats my wish..^_^

Wednesday, 8 February 2012

biarkan dia pergi

Jika kita benar benar menyayangi seseorang...
Maka biarkan dia pergi dengan kebahagiaanya..

 Kerana kebahagiaanya akan membuat kita bahagia jika kita betul-betul
sayanginya...
Kerana gembiranya dia akan buat rasa itulah hadiah dari diri kita.

 Saya menyayangi awklah sebab saya melangkah pergi,demi kebahagiaan awak..
Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awk cari..

Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti SAYANG sebenar...
Supaya suatu hari nanti awak akan dapat mengetahui,, bagaimana betapa SAYANG seseorang dan semoga awk takkan pernah terlewat untuk menghargainya...

forgive n forget

melupakan dy adalah y g terbaek untk diri ak . ya allah , kuatkan lah diri ni . sesungguhnya , hati ni maseh terlalu sayang . tp ak percaya , ni sume takdir :')  hati org tak boleh dipaksa . arini ak dapat satu lg cerita , tbe2 ak tersedar , ak tau ape yg ak wat ni salah . ak da bazirkan airmata ak hanya untk dy tiap2 malam . sedangkan dy ? bahagia ngn org lain :'( ya allah , ak rindu dy . tp dlm masa yg sama ak kene relakan sume ni . aku kene lupakan ! lupakan ! lupakan dy !  ya allah , ak cube tersenyum bile tgk dy bahagia , tp hakikatnya , ak menangis :'(   ak kene lupakan ape yg da jadi , ak xleh trus menerus mcm ni . ak kene kuat , mencari yg lain seperti dy ?? oh tidak sama sekali , ak bkn mcm tu . hati ak bukan senang di tukar ganti .. dan ak tidak lagi menunggu si dy untk kembali :") ya !! aku lebih senang hidup sendiri . . bak kata org , dalam setiap perhubungan perlu ad pengorbanan . xpe , ak korban kan perasaan sndiri untk tgk org len bahagia .. 
# ya allah ya tuhan ku , kau berikanlah dy kebahagiaan . sesungguhnya dy juga berhak untk bahagia .. walaupun sesungguhnya hati ak ni tak sanggup melihat kebahagiaan dy bersama orang lain . wahai hati , bersabarlah .... berhentilah kau menangisi pemergian dy . wahai airmata ku , berhentilah kau dri trus mengalir ... mata ku ini da terlalu penat untk menangisi kekecewaan ni ..lupakan segala2nya tentang dy :) kerana ak juga berhak bahagia ..FORGET N FORGIVE .